Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

INFAD Sedia Bekerjasama Realisasi Matlamat JAKIM

Nilai, 18 Februari 2019 – Institut Latihan Islam Malaysia telah mengadakan kunjung hormat ke Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ini merupakan rangka lawatan kerja pertama selepas penstrukturan semula ILIM pada Disember 2018 yang lalu.

Delegasi ILIM yang diketuai oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Profesionalisme bersama 5 ahli disambut baik oleh Pengarah INFAD, Prof. Madya Dr. Irwan bin Mohd Subri dan Timbalannya, Prof. Madya Dr. Azman bin Ab Rahman.

INFAD dirasmikan pada 26 Mei 2003 adalah gagasan daripada Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Haji. Mohd Noor yang merupakan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah USIM. Ia berperanan dalam mengendalikan penyelidikan yang berkualiti serta inovasi mengenai isu berkaitan fatwa dan ketetapan Islam serta menyelaras aktiviti social dalam mempromosikan kepentingan fatwa.

Dalam siri kunjung hormat ini, ILIM dan INFAD saling bertukar-tukar pandangan tentang pelaksanaan program serta modul yang boleh dibangunkan secara kolaborasi. Selain itu, ILIM juga mengambil kesempatan memperkenalkan program Akademi Imam yang akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat dalam tahun ini.

INFAD sebagai salah sebuah institusi awam juga telah menyatakan kesediaannya memberi kerjasama untuk membantu ILIM dan JAKIM dalam merealisasikan matlamat bagi memberi pengiktirafan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu kepada pegawai-pegawai hal ehwal Islam.

Semoga dengan pertemuan ini mampu menjadikan ILIM-INFAD sebagai pusat penyelidikan dan perundingan fatwa dan bersedia memberikan khidmat kepakaran kepada ummah dalam misi melebarkan risalah Islam.

INFAD1

INFAD2

INFAD3

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370