Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

ILTIM Perkukuh Kerjasama Strategik bersama Majlis Daerah Besut & Jabatan Kerja Raya

BESUT, 13 Februari 2019 - Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM), Ustaz Norawi bin Endut telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli dan Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Puan Rohayati binti Abdul Kadir hari ini.

Koordinat ILTIM yang terletak di Kampung Raja, Besut menjadikan ia salah satu institusi yang juga diberi perhatian oleh pentadbiran MDB untuk memberi segala kemudahan perbandaran dan sosio-ekonomi.

Tujuan kunjungan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah di atas pelantikan Yang Dipertua MDB dan Jurutera Daerah JKR yang baharu di samping mengukuhkan kerjasama strategik yang telah sedia terjalin antara ILTIM dan kedua-dua agensi.

Dalam pertemuan yang diadakan, beliau juga turut mengambil peluang menyantuni MDB dengan memberi penerangan berkenaan struktur organisasi ILTIM di samping menawarkan kursus-kursus yang bersesuaian kepada warga kedua-dua agensi dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan ajaran Islam melalui kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Semoga hubungan baik yang sedia terjalin antara agensi ini dapat memantapkan dan menyemarakkan lagi perkembangan syiar Islam di Negeri Terengganu khususnya dan kawasan Pantai Timur amnya.

 KerjasamaStrategikMDBJKR1

KerjasamaStrategikMDBJKR2

Ustaz Norawi memberi penerangan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh ILTIM kepada Encik Azizi

KerjasamaStrategikMDBJKR3

Perbincangan bersama puan Rohayati mengenai kemajuan pembangunan ILTIM

KerjasamaStrategikMDBJKR4

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356