Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Huffaz DQ Menyantuni Anak Yatim Di Melaka

25 September 2022 - Seramai 29 pelajar Semester Lima Syukbah Hadith telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Melaka selama 3 hari 2 malam (23-25 September 2022) bersama-sama dalam program Permata Ummah. Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya ice breaking, latihan dalam kumpulan (LDK), riadah, Tahsin Ibadah & Fatihah, explorace, gotong royong dan lain-lain.

Program khidmat masyarakat ini merupakan sebahagian daripada tugasan kursus bagi Program Diploma Tahfiz al-Quran & Al-Qiraat Semester Lima di bawah kod Kursus MPU 2412 Jabatan Pengajian Umum, Seksyen Pengajian Am, Cawangan Akademik Darul Quran. Antara tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar menimba ilmu mengenai konsep bersosial bersama masyarakat dan bersikap mulia terhadap orang lain.

Majlis penutupan program khidmat masyarakat ini telah disempurnakan oleh Pengurus Rumah Anak Yatim RAYSS, Tuan Naillul Hafidz bin Haji Ibrahim. Turut hadir dan memberikan ucapan ialah Pensyarah Kursus MPU 2412. Semoga dengan pelaksanaan program khidmat masyarakat ini dapat memberikan manfaat dan motivasi kepada Anak Yatim RAYSS untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa Program Permata Ummah.

Huffaz DQ Menyantuni Anak Yatim Di Melaka

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=636

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357