Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Hari Anugerah Darul Quran : Pengiktirafan Kecemerlangan Pelajar

KUALA KUBU BHARU, 10 Jun – Darul Quran JAKIM telah menganjurkan Hari Anugerah bagi meraikan serta memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang hafazan, akademik, dan kokurikulum. Majlis ini bertujuan menghargai usaha gigih para pelajar di samping memupuk semangat motivasi dalam kalangan warga institusi.

Sebanyak 36 orang pelajar telah menerima anugerah atas kecemerlangan masing-masing, menjadikan mereka contoh teladan kepada rakan-rakan pelajar lain dalam usaha membentuk budaya persaingan sihat ke arah kecemerlangan yang menyeluruh.

Program tahunan ini bukan sahaja meraikan pencapaian individu, malah menjadi medan memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak pengurusan, para pensyarah, serta para pelajar dalam menjayakan sebuah majlis yang melambangkan simbol kecemerlangan institusi. Ia juga berperanan mengeratkan hubungan kekeluargaan antara semua warga Darul Quran.

Dalam ucapannya, Pengarah Darul Quran, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, menekankan bahawa kehidupan yang penuh keberkatan hanya akan dapat diraih dengan sentiasa hidup di bawah rahmat Allah SWT. Beliau mengajak semua pelajar agar tidak jemu berdoa untuk sentiasa menjadi insan yang lebih baik, bukan sahaja dalam aspek hafazan dan akademik, tetapi juga lebih hebat dari segi akhlak.

Beliau turut mengingatkan bahawa suasana tarbiah dan persekitaran yang baik di Darul Quran perlu terus dijaga dan dibawa keluar sebagai bekalan dalam menghadapi realiti masyarakat di luar sana. “Sentiasalah berdoa agar menjadi yang terbaik, bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan untuk manfaat ummah secara keseluruhan,” pesan beliau dengan penuh harapan.

Sebagai institusi yang berperanan membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa dan berilmu, Darul Quran kekal komited dalam melahirkan huffaz dan da’i yang berwibawa serta bersedia menyumbang kepada keperluan umat Islam di Malaysia.

Hari Anugerah Darul Quran 2025 01

Hari Anugerah Darul Quran 2025 02

Hari Anugerah Darul Quran 2025 03

Hari Anugerah Darul Quran 2025 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356