Berita
F&N Serah Sumbangan Ramadhan Melalui JAKIM
14 Mei 2020, Selasa - Fraser&Neave Holdings Bhd (F&N) hari ini menyerahkan 100 pek makanan sumbangan Ramadhan melalui JAKIM. Majlis penyerahan dilakukan oleh wakil F&N iaitu Dato' Raffiq Md Ariff, Ketua Jabatan Hal Ehwal Hubungan Kerajaan, Industri dan Pengurusan Halal, F&N kepada Puan Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Majlis penyerahan tersebut disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.
Sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, susu pekat dan barangan lain keluaran F&N itu akan diagihkan kepada golongan yang terjejas dan sangat memerlukan dalam tempoh PKPB ini. Urusan pengagihan sumbangan tersebut akan dilakukan oleh Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), JAKIM.
Unit komunikasi Korporat,
JAKIM.





Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 0
- Yesterday 61
- This Week 61
- This Month 361
- This Year 399