Berita
DQ TERIMA LAWATAN AUDIT AKADEMIK PROGRAM PENGAJIAN QURAN & SUNNAH DARI USIM
10 Januari 2024 - Darul Quran JAKIM hari ini telah menerima lawatan audit akademik bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lawatan audit ini telah diadakan bertempat di Dewan Syura Utama Darul Quran.
Sesi lawatan audit akademik ini telah diketuai oleh Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi bin Mohd Amin bersama 10 orang pensyarah USIM yang lain. Audit yang dijalankan adalah meliputi fail pengajian dan pembelajaran, fail pengurusan akademik, fail pengurusan aduan, fail aktiviti pelajar ijazah, fail latihan industri serta projek ilmiah.
Rumusan daripada lawatan audit pada hari ini mengesyorkan supaya dibuat penambahbaikan terhadap pengurusan fail akademik bagi sesi akan datang. Semoga sesi lawatan audit yang diadakan ini dapat memberikan lebih lagi impak yang positif kepada kerjasama antara USIM dan Darul Quran.



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356