Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

DQ dan MTNP Bincang Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan Ke-43

9 April 2025 (Rabu) – Darul Quran JAKIM Adakan Perbincangan Bersama Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Bagi Menyelaras Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan ke-43.

Darul Quran (DQ) JAKIM telah mengadakan sesi perbincangan bersama Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) sebagai langkah awal penyelarasan bagi Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan ke-43 yang dijadualkan berlangsung di Kuantan, Pahang.

Perbincangan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran aspek pelaksanaan, pengisian program serta penglibatan semua pihak berkepentingan dalam persidangan tersebut.

Persidangan ke-43 ini dijangka menghimpunkan pengetua-pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran dari seluruh negara bagi bertukar pandangan, membincangkan hala tuju pendidikan tahfiz serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi tahfiz di Malaysia.

Delegasi Darul Quran yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran JAKIM, bersama beberapa orang pegawai telah disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, serta pegawai-pegawai kanan MTNP.

DQ dan MTNP Bincang Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Peringkat Kebangsaan 01

DQ dan MTNP Bincang Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Peringkat Kebangsaan 02

DQ dan MTNP Bincang Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Peringkat Kebangsaan 03
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357