Berita
DQ Adakan Taklimat Pemilihan Syukbah Kepada Pelajar Semester Dua
26 Januari 2024 - Cawangan Akademik Darul Quran telah mengadakan Taklimat Pemilihan Syukbah kepada 222 orang pelajar semester dua Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bertempat di Dewan Muktamar. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras pemilihan syukbah pelajar bagi setiap kohort dan menentukan bilangan pelajar bagi setiap syukbah pengajian.
Agenda pertama dimulakan dengan taklimat umum yang disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik, Ustaz Ahmad Fuat bin Jamil. Seterusnya taklimat khusus berkaitan perincian Syukbah Qiraat oleh Ustaz Mohammad Ashraf bin Mohamad Saleh@Ibrahim, Pensyarah Kanan di Jabatan Al-Quran & Al-Qiraat. Seterusnya bagi Syukbah Syariah, Pengurusan Halal dan Muamalat disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Awang, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah. Manakala taklimat bagi Syukbah Hadith dan Dakwah pula telah disampaikan oleh Dr. Yusni@Yusri bin Chek selaku Ketua Jabatan Usuluddin.
Semoga sesi taklimat ini dapat memberikan maklumat yang lebih jelas mengenai pemilihan syukbah secara menyeluruh kepada semua pelajar-pelajar Darul Quran.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370