Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

DQ Adakan Bengkel Pengemaskinian Dokumen Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) Edisi Kedua Bagi Program Diploma Tahfiz

15 Mei 2025 - Bengkel pengemaskinian dokumen COPPA Edisi Kedua bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat telah dilaksanakan bersama LTDQ pada 14-15 Mei 2025 bertempat di Dewan Maktabah, Darul Quran. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajjah Wan Najmiah binti Wan Mohamad Ali, Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Darul Quran dan dihadiri oleh Unit Kurikulum, Cawangan Akademik Darul Quran serta Pengetua dan wakil pegawai kualiti bagi LTDQ.

Bengkel ini diadakan bagi memastikan semua LTDQ melaksanakan pengemaskinian keseluruhan dokumen COPPA sedia ada bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat kepada COPPA Edisi Kedua seperti yang ditetapkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Disamping itu, bengkel ini juga dilaksanakan bagi memastikan pengemaskinian dan pindaan dokumen yang disediakan oleh semua LTDQ selaras dengan dokumen COPPA Edisi Kedua yang digunakan di Darul Quran.

Turut hadir dalam sesi bengkel kali ini adalah pegawai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu Dr Haji Azammuddin bin Haji Zainuddin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Islam JAIS dan Us. Mohd Najmi bin Suib daripada Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Selangor (MITS). MITS Istana Bandar, Banting Selangor merupakan LTDQ yang ke 11 dan dijangka akan melaksanakan pengambilan pelajar kohort pertama bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat pada tahun 2026.

Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat meningkatkan kualiti pengurusan program pengajian disamping mengukuhkan kerjasama dan hubungan erat antara Darul Quran JAKIM dan semua LTDQ yang berkolaborasi dalam menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat.









Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356