Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Diskusi Memperkasa Hubungan Kerjasama Pengurusan Halal BPH - JAWI

PUTRAJAYA, 11 Mac 2019 - Dalam memperkasa hubungan kerjasama berkaitan pengurusan halal, Bahagian Pengurusan Halal, (BPH) JAKIM yang diketuai oleh pengarahnya, YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kunjung hormat kali ini menjurus kepada diskusi berkaitan pentauliahan penyembelihan, isu-isu rumah sembelihan serta pemantauan dan penguatkuasaan yang melibatkan antara kedua-dua buah agensi yang sememangnya memainkan peranan yang penting dalam Pensijilan Halal Malaysia.

Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Hj Mohd Ajib Ismail turut meluangkan masa bersama pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua bahagian dalam sesi diskusi yang berlangsung hampir 2 jam di Kompleks Pusat Islam JAWI, Kuala Lumpur. Semoga diskusi seumpama ini akan meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan antara agensi dalam memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia agar terus membawa rahmat untuk semua.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN BPH KE JAWI UTAMA 11032019

LAWATAN BPH KE JAWI 2 11032019

LAWATAN BPH KE JAWI 3 11032019

LAWATAN BPH KE JAWI 4 11032019

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370