Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Diskusi Isu-Isu Semasa Muamalat Siri 2/2024 “Urus Pusaka Tanpa Sengketa”

Putrajaya – Selasa 22 Oktober  2024, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Webinar Diskusi Isu-Isu Semasa Muamalat Siri 2/2024 bertajuk “Urus Pusaka Tanpa Sengketa” .Diskusi yang bermula jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat, memberi kefahaman serta meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan hukum hakam pusaka serta  pengurusan pusaka di Malaysia.

Diskusi ini telah dikupas secara terperinci oleh  ahli panel jemputan YBhg. Dr Mohd Zamro bin Muda, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia  serta dihoskan oleh YBrs. Ustaz Mohd Salehin bin Sopian, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Kajian Muamalat, Cawangan Kajian Syariah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Antara isi perbincangan yang dikupas dalam diskusi ini ialah kepentingan memahami konsep dan hukum faraid atau pusaka daripada konteks Syariah dan undang-undang Malaysia. Panel juga menjelaskan tentang kepentingan dan kebaikan pusaka dalam menguruskan harta umat Islam selepas berlaku kematian agar ia tidak menjadi konflik atau punca persengketaan. Pada akhir perbincangan, panel mengesyorkan perbincangan dan penjelasan berkaitan pengurusan pusaka diperluaskan kepada masyarakat supaya ilmu dan pengetahuan berkaitan perkara ini dapat ditingkatkan.
 
Diskusi ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM / Youtube JAKIM dan twitter.


POSTER DISKUSI MUAMALAT SIRI 2 TAHUN 2024 URUS PUSAKA TANPA SENGKETA PADA 22 OKTOBER 2024 SELASA 1

urus pusaka tanpa sengketa 01

urus pusaka tanpa sengketa 03

urus pusaka tanpa sengketa 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356