Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Delegasi Turkiye Melawat Darul Quran: Mengukuhkan Hubungan Dan Berkongsi Ilmu

29 Julai 2024 - Darul Quran hari ini menerima kunjungan istimewa daripada tiga delegasi Al Burak Association Turkiye. Lawatan ini bertujuan mempererat hubungan antara kedua-dua institusi dan berkongsi ilmu mengenai pelaksanaan program al-Quran di Masjid Al-Aqsa. Delegasi Al Burak Association diketuai oleh Sheikh Adam Yenihayat, Pengerusi Lembaga bersama dengan Sheikh Dr. Munjid Abu Bakr, Penasihat Al Burak merangkap Profesor Tafsir Al-Quran di Universiti Istanbul serta Ustaz Hamza Khawaja, Pengarah Hubungan Antarabangsa. Kehadiran mereka turut disertai oleh Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia.

Kehadiran para pelawat ini telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai Darul Quran yang diketuai oleh Haji Mohamad Rahim bin Mohammed Abdul Rahman, Ketua Seksyen Standard Cawangan Kualiti, mewakili Pengarah. Agenda lawatan dimulakan dengan tayangan video korporat Darul Quran, diikuti dengan sesi pembentangan oleh Ustaz Hamza Khawaja dan Sheikh Adam Yenihayat. Mereka berkongsi maklumat penting mengenai Al-Aqsa serta memberikan pandangan berharga mengenai usaha dan pendekatan yang telah diambil dalam memperkukuhkan pendidikan al-Quran di sana.

Momen manis pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar serta penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenangan bersama. Lawatan ini dilihat dapat memperkukuhkan komitmen kedua-dua pihak dalam memajukan pembelajaran al-Quran dan memperluas jaringan hubungan antarabangsa, menjadikan Darul Quran JAKIM sebagai pusat kecemerlangan yang diakui di peringkat global.


DELEGASI TURKIYE MELAWAT DQ MENGUKUHKAN HUBUNGAN DAN BERKONGSI ILMU 01

DELEGASI TURKIYE MELAWAT DQ MENGUKUHKAN HUBUNGAN DAN BERKONGSI ILMU 02

DELEGASI TURKIYE MELAWAT DQ MENGUKUHKAN HUBUNGAN DAN BERKONGSI ILMU 03

DELEGASI TURKIYE MELAWAT DQ MENGUKUHKAN HUBUNGAN DAN BERKONGSI ILMU 04

DELEGASI TURKIYE MELAWAT DQ MENGUKUHKAN HUBUNGAN DAN BERKONGSI ILMU 05


DELEGASI TURKIYE MELAWAT DQ MENGUKUHKAN HUBUNGAN DAN BERKONGSI ILMU 06

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357