Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Terus Diperkasa Melalui Kerjasama Strategik Secara Inklusif

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam telah mengurus setiakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Kali Pertama pada 22 Ogos 2022 yang dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama). Jawatankuasa ini dianggotai Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian, Agensi Persekutuan dan persatuan tahfiz yang akan menentukan hala tuju pelaksanaan DPTN. Dasar ini amat penting sebagai rujukan utama dalam memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia. Dasar ini digerakkan melalui teras dan strategi yang bersifat menyeluruh serta memerlukan penglibatan semua pihak yang bertanggungjawab.

Pada mesyuarat kali pertama ini, Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM telah membentangkan Terma Rujukan Jawatankuasa, manakala Puan Kasumawati binti Kasim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM telah membentangkan laporan pelaksanaan DPTN serta Pelan Tindakan DPTN 2.0. Semua ahli mesyuarat turut aktif memberikan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan isu-isu tahfiz yang telah dikenalpasti. Semoga usaha yang baik ini akan sentiasa diberkati Allah SWT jua.

Selain itu, dikongsikan juga ciapan YB Menteri di laman sosial beliau seperti berikut:

“Apa yang lebih membahagiakan diri saya apabila dasar ini akan memperincikan segala bentuk teras yang menjadi fokus dalam memantapkan undang-undang, mewujudkan model tahfiz, mewujudkan kurikukulum tahfiz arus perdana, memperkasa tadbir urus serta mewujudkan sistem pengiktirafan kepada huffaz dan Institusi Tahfiz. Insya-Allah.

Jika dahulunya saya teringat tohmahan masyarakat berkenaan subjek agama dan tahfiz ini seolah-olah tidak mempunyai masa depan dalam kerjaya, tapi pada hari ini, dengan kesedaran yang cukup besar, jalur pendidikan seperti ini telah menjadi sebahagian besar daripada pilihan anak-anak kita yang bukan hanya mahu membina pendidikan dengan mencari pekerjaan, tapi mahu membina jatidiri Muslim yang kuat dan mencapai keredaan Allah SWT.

Azam saya bersama seluruh pasukan, kita akan bersungguh melaksanakan agenda dan dasar yang cukup memberi makna yang kuat kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Saya harapkan suatu masa nanti Institusi Tahfiz akan berdiri sama tinggi dengan dasar pendidikan yang sedia ada di dalam negara kita.”

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Terus Diperkasa 1

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Terus Diperkasa 2

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Terus Diperkasa 3

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Terus Diperkasa 13
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 40
  • Yesterday 26
  • This Week 40
  • This Month 340
  • This Year 378