Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bersara Setelah 34 Tahun Berkhidmat

Haji Jaafar bin Ismail, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM bersara mulai hari ini setelah menabur khidmat bakti selama 34 tahun sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam bersama JAKIM
 
Majlis meraikan ketipan kad terakhir beliau sebagai penjawat awam diadakan pada petang tadi secara sederhana dengan mematuhi SOP PKPB bertempat di lobi Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Hadir meraikan majlis ialah Puan Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Haji Ahmad Musadad bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM serta pengarah dan warga Bahagian KSK.
 
Ketika berucap dalam majlis tersebut, Haji Jaafar menzahirkan penghargaan beliau kepada pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga JAKIM atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam bersama JAKIM.
 
Beliau yang memulakan perkhidmatan pada 5 Mei 1986 bersara pada hari ini 5 Mei 2020, genap 34 tahun perkhidmatan sebagai penjawat awam. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah ditempatkan di pelbagai bahagian dan jabatan termasuk di JAWI dan JAWHAR.
 
Semoga jasa dan sumbangan beliau untuk agama, bangsa dan negara menjadi amal kebaikan buat beliau jua.

Bersara Setelah 34 Tahun Berkhidmat 1
 
Bersara Setelah 34 Tahun Berkhidmat 2
 
Bersara Setelah 34 Tahun Berkhidmat 3
 
Bersara Setelah 34 Tahun Berkhidmat 4
 
Bersara Setelah 34 Tahun Berkhidmat 5
 
Bersara Setelah 34 Tahun Berkhidmat 6
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370