Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Tulisan Jawi Berkesan Bantu Mahir Jawi

Bangi, 08 Ogos 2018 – Masyarakat Melayu Islam pada hari ini semakin ketandusan golongan yang mahir menulis jawi.  Semakin hari tulisan jawi semakin dilupakan khususnya oleh generasi muda dan keadaan ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Justeru itu, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa telah menganjurkan Kursus Pra Munsyi Jawi Siri 1 pada 6 hingga 8 Ogos 2018 bertempat di ILIM, Bangi.  Kursus yang telah berlangsung selama 3 hari dan disertai oleh 15 orang peserta, terdiri daripada pegawai ILIM ini sedikit sebanyak membuahkan impak positif dalam membina generasi yang kembali cintakan tulisan jawi.

Kursus ini memberi pendedahan mengenai aspek penulisan dan pengejaan Jawi, membaca dan menulis Jawi dan memberi kefahaman dan kemahiran mengenai kepentingan pembacaan dan penulisan Jawi.

Kursus ini dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi, En. Saiful Bahri Yaziz dan Pn. Fadzilah Mustapa.  Peserta turut dibawa melawat ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya bagi melihat penggunaan jenis-jenis khat dalam penulisan al-quran di Malaysia.

Semoga usaha ini berupaya menghidupkan kembali aura tulisan jawi dengan memupuk kesedaran cinta pada tulisan jawi dan memberi kesedaran mengenai kepentingan pengekalan tulisan Jawi.
 
b jawi1
 
b jawi2
 
b jawi3
 
b jawi4
 
b jawi5
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357