Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Semakan Semula Modul MyInsaniah Siri II/2022

1 April 2022 (Rabu-Jumaat) Bahagian Dakwah JAKIM melalui Cawangan Dakwah Bil Hal telah mengadakan Bengkel Semakan Semula Modul MyInsaniah Siri II/2022 bertempat di Klana Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Perasmian Bengkel ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM.

Objektif program ini adalah untuk menyemak semula pengisian modul untuk menggantikan pengisian yang tidak relevan dengan situasi semasa. Selain itu juga, bengkel ini diadakan bagi menambah baik pengisian modul mengikut peredaran semasa dan memastikan modul menepati keperluan remaja atau belia masa kini.

Bengkel kali ini dimulai dengan taklimat oleh Ketua Penyelaras Program iaitu Ustazah Rabihah binti Ibrahim dan diteruskan dengan semakan dan perbincangan ahli kumpulan. Bengkel ini diakhiri dengan pembentangan hasil penambahbaikan kumpulan bagi 3 modul iaitu Modul Jati Diri, Modul Kepimpinan dan Modul Citra Malaysia. Peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai JAKIM dari pelbagai agensi dan mendapat khidmat pakar dari Universiti Teknologi Mara dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bengkel Semakan Semula Modul MyInsaniah Siri II 2022 5


Bengkel Semakan Semula Modul MyInsaniah Siri II 2022 2


Bengkel Semakan Semula Modul MyInsaniah Siri II 2022 3

Bengkel Semakan Semula Modul MyInsaniah Siri II 2022 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381