Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Peningkatan Kompetensi Pegawai Rundingcara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sabah

Kota Kinabalu – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Kompetensi Pegawai Rundingcara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sabah pada 27-29 Ogos 2024 di Hotel Raia, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini bertujuan untuk  memberikan pendedahan kepada Pegawai Rundingcara mengenai proses, teknik, kemahiran dan intervensi kerohanian bagi membantu klien menyelesaikan masalah, mengenal pasti potensi diri dan matlamat hidup ke arah mencapai keredhaan Allah SWT serta meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan runding cara agar lebih sistematik dan teratur supaya dijadikan sebagai rujukan utama dalam masyarakat dan komuniti setempat.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Md. Noor bin Saper, Pensyarah Kanan, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Encik Muhamad Fadhli bin Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Islam, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Kedua-dua mereka adalah merupakan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).

 Antara topik yang disampaikan ialah Pengenalan Asas Kaunseling Syarie, Manusia dan Islam, Model Kaunseling al-Ghazali, Proses Pelaksanaan Kaunseling Syarie serta Kemahiran-Kemahiran Asas Dalam Kaunseling. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan simulasi juga diadakan bagi memantapkan lagi kemahiran para peserta. Para peserta juga turut didedahkan dengan isu-isu perundangan yang disampaikan oleh Tuan Tawfik bin Ali, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutua Labuan.

Majlis Penangguhan bengkel ini telah disempurakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM.

KOMPETENSI 1

KOMPETENSI 2

KOMPETENSI 3

KOMPETENSI 4

KOMPETENSI 5

KOMPETENSI 6

KOMPETENSI 7

KOMPETENSI 8

KOMPETENSI 9

KOMPETENSI 10

KOMPETENSI 11
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357