Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Peningkatan Kompetensi Pegawai Runding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie

LANGAKWI, 5-6 MAC 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah mengadakan Bengkel Peningkatan Kompetensi Pegawai Runding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie pada 05-06 Mac 2024 di HIG Hotel, Langkawi, Kedah. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Pegawai Runding Cara mengenai proses, teknik, kemahiran dan intervensi kerohanian bagi membantu klien menyelesaikan masalah, mengenal pasti potensi diri dan matlamat hidup ke arah mencapai keredhaan Allah SWT serta meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan runding cara agar lebih sistematik dan teratur supaya dijadikan sebagai rujukan utama dalam masyarakat dan komuniti setempat.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Zainab binti Ismail dan Encik Mohd Syukri bin Kamis yang kedua-duanya merupakan Kaunselor Berdaftar. Antara tajuk yang disampaikan ialah Prinsip Asas Kaunseling Syarie, Manusia dan Islam, Proses Pelaksanaan Kaunseling Syarie, Kemahiran Asas Dalam Kaunseling dan sebagainya. Para peserta juga turut didedahkan dengan isu-isu perundangan yang disampaikan oleh Tuan Shafezan bin Rusli, Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

Bengkel berakhir dengan Majlis Penutupan bengkel yang disempurakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM. Bengkel seumapama ini akan dilaksanakan kepada lebih ramai lagi Pegawai Runding Cara JAIN di seluruh Malaysia

Kaunseling Syarie 1

Kaunseling Syarie 2

Kaunseling Syarie 3

Kaunseling Syarie 4

Kaunseling Syarie 5

Kaunseling Syarie 6

Kaunseling Syarie 7
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381