Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Pengurusan Hakim dan Pemilihan Ayat bagi pelaksanaan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran KAFA Peringkat Kebangsaan Norma Baharu (MTHQK) tahun 2020

24 Ogos 2020: (Bukit Katil) Bahagian Pendidikan mengambil inisiatif pintar dengan mengadakan Bengkel Pengurusan Hakim dan Pemilihan Ayat bagi pelaksanaan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran KAFA Peringkat Kebangsaan Norma Baharu (MTHQK) tahun 2020 pada 22 -24 Ogos 2020 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.
 
Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada hakim yang dilantik dan urus setia di Bahagian Pendidikan telah berkampung selama tiga (3) hari dua (2) malam bertujuan untuk memastikan keperluan dan dokumentasi bagi pelaksanaan MTHQK tahun 2020 akan berlangsung dengan jaya. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hashim bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan. Manakala penyampaian sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Puan Fauziah binti Razap, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan.
 
Hasil dapatan bengkel ini akan dikemaskini dan diedarkan kepada Agensi Bertanggungjawab Negeri yang akan bersidang dalam Mesyuarat Induk MTHQK di Kompleks Islam Putrajaya (KIP) pada 1 September 2020.
 
nas
 
WhatsApp Image 2020 08 25 at 9.33.10 AM
 
WhatsApp Image 2020 08 25 at 9.34.00 AM 1
 
WhatsApp Image 2020 08 25 at 9.34.00 AM
 
WhatsApp Image 2020 08 25 at 9.33.11 AM
 
Bahagian Pendidikan
JAKIM
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356