Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Pemurnian Slaid Modul Pascaperkahwinan Islam Siri II/2024 1-3 Oktober 2024/ Pearl Hotel, Kuala Lumpur

Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel Pemurnian Slaid Modul Pascaperkahwinan Islam pada 1-3 Oktober 2024 (Selasa-Khamis) di Pearl Hotel, Kuala Lumpur . Antara objektif kursus ini adalah untuk menyediakan slaid Modul Kursus Pascaperkahwinan Islam yang terkini, berkualiti dan berinformasi di samping memurnikan manual sesi ceramah berpandukan slaid bagi pemakaian para penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam seluruh Malaysia.

Kursus yang dihadiri oleh seramai 24 orang peserta seluruh Malaysia terdiri daripada Ketua -ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam Negeri, Pegawai Kementerian Kesihatan  Malaysia, Kaunselor dan Pegawai Rundingcara.

Setelah selesai perbincangan dan pembentangan, rumusan bengkel dan penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tn Hj Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian.

Tahniah kepada semua peserta yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir program. Diharapkan bengkel seumpama ini dapat memberi manfaat dan sumbangan ilmu rumah tangga kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya dalam mengurangkan konflik rumahtangga di kalangan pasangan suami isteri.

MODUL PASCAPERKAHWINAN 1

MODUL PASCAPERKAHWINAN 2

MODUL PASCAPERKAHWINAN 3

MODUL PASCAPERKAHWINAN 4

MODUL PASCAPERKAHWINAN 5

MODUL PASCAPERKAHWINAN 6

MODUL PASCAPERKAHWINAN 7

MODUL PASCAPERKAHWINAN 8

MODUL PASCAPERKAHWINAN 9
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370