Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Pemurnian Slaid Modul Pascaperkahwinan Islam Siri Ii/2024

1-3 OKTOBER 2024/ PEARL HOTEL, KUALA LUMPUR

Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel Pemurnian Slaid Modul Pascaperkahwinan Islam pada 1-3 Oktober 2024 (Selasa-Khamis) di Pearl Hotel, Kuala Lumpur . Antara objektif kursus ini adalah untuk menyediakan slaid Modul Kursus Pascaperkahwinan Islam yang terkini, berkualiti dan berinformasi di samping memurnikan manual sesi ceramah berpandukan slaid bagi pemakaian para penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam seluruh Malaysia.

Kursus yang dihadiri oleh seramai 24 orang peserta seluruh Malaysia terdiri daripada Ketua -ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam Negeri, Pegawai Kementerian Kesihatan  Malaysia, Kaunselor dan Pegawai Rundingcara.

Setelah selesai perbincangan dan pembentangan, rumusan bengkel dan penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tn Hj Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian

Tahniah kepada semua peserta yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir program. Diharapkan bengkel seumpama ini dapat memberi manfaat dan sumbangan ilmu rumah tangga kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya dalam mengurangkan konflik rumahtangga di kalangan pasangan suami isteri.


BENGKEL PEMURNIAN SLAID MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM 01

BENGKEL PEMURNIAN SLAID MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM 02

BENGKEL PEMURNIAN SLAID MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM 03

BENGKEL PEMURNIAN SLAID MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM 04

BENGKEL PEMURNIAN SLAID MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM 05

BENGKEL PEMURNIAN SLAID MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM 06

BENGKEL PEMURNIAN SLAID MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM 07

BENGKEL PEMURNIAN SLAID MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM 08

BENGKEL PEMURNIAN SLAID MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM 09
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356