Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Pemurnian Pelaporan Pemantauan KAFA 2021

Unit Penaziran Dan Pemantauan, Cawangan Penyelarasan Pendidikan, Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Bengkel Pemurnian Pelaporan Pemantauan Kafa 2021 pada 17 Mei 2022 bertempat di Bilik Seminar Al-Baiyinah, aras 5, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya. Peserta yang telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada penyelia-penyelia KAFA negeri seramai 18 orang seluruh Malaysia.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk Pemurnian Laporan Pemantauan KAFA tahun 2021 dan membina instrumen Pemantauan Kewangan KAFA tahun 2022.

Bengkel yang diadakan selama 3 Hari ini iaitu dari tarikh 17 hingga 19 Mei 2022 telah dirasmikan oleh Puan Fauziah binti Razap, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Penyelarasan Pendidikan, Bahagian Pendidikan JAKIM.

Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat mencapai sasaran perancangan pelaksanaan penaziran dan pemantauan institusi pendidikan Islam di Malaysia dengan sempurna.

Bengkel Pemurnian Pelaporan Pemantauan KAFA 2021 1

Bengkel Pemurnian Pelaporan Pemantauan KAFA 2021 2

Bengkel Pemurnian Pelaporan Pemantauan KAFA 2021 3

Bengkel Pemurnian Pelaporan Pemantauan KAFA 2021 4

Bengkel Pemurnian Pelaporan Pemantauan KAFA 2021 5

Bengkel Pemurnian Pelaporan Pemantauan KAFA 2021 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356