Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel MyPortfolio IPDAS

07/07/2020 & 08/07/2020 (Selasa & Rabu)- Alhamdulillah, IPDAS telah berjaya mengadakan bengkel myportfolio Siri ke-3 selama dua hari berturut-turut bersama YBrs. Tuan Fredoline Glibert iaitu Penolong Pengarah Kanan, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan MAMPU, Cawangan Sabah dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Pengarah IPDAS, Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik.

Bengkel Myportfolio ini diadakan kerjasama IPDAS dengan MAMPU Cawangan Sabah bagi memperbaiki carta fungsi dan menyempurnakan Myportfolio kakitangan IPDAS. Myportfolio ini adalah satu dokumen rujukan rasmi yang mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan organisasi dan penjelasan mengenai deskripsi tugas, fungsi, aktiviti, prosedur dan proses kerja yang boleh dijadikan panduan dalam menjalankan tugas sehari-harian bagi sesuatu jawatan.

Ribuan terima kasih IPDAS ucapkan di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak MAMPU Cawangan Sabah sepanjang bengkel dijalankan. Semoga hubungan kerjasama ini tetap utuh.
 
Bengkel MyPortfolio IPDAS 1
 
Bengkel MyPortfolio IPDAS 2
 
Bengkel MyPortfolio IPDAS 3
 
Bengkel MyPortfolio IPDAS 4
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356