Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Laporan Tahunan KAFA 2022

Cawangan Pengurusan KAFA, Bahagian Pendidikan JAKIM, telah mengadakan Bengkel Laporan Tahunan KAFA 2022 pada 18 Mei 2022 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Bengkel ini telah dihadiri oleh penyelia-penyelia KAFA mewakili negeri seramai 40 orang dari seluruh Malaysia.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan membentuk kompilasi maklumat KAFA untuk dijadikan sebaran am dan rujukan di masa akan datang, membuat penyelarasan maklumat dan informasi KAFA yang terkini, mendokumentasikan pencapaian, kejayaan dan program KAFA di peringkat persekutuan dan negeri serta menghasilkan Laporan tahunan KAFA dengan kerjasama JAKIM dan Agensi Pelaksana.

Bengkel yang diadakan selama 3 Hari bermula dari tarikh 18 hingga 20 Mei 2022 telah dirasmikan oleh Us. Mohd Anuar bin Abd Rani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan KAFA, Bahagian Pendidikan JAKIM.

Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat menghasilkan laporan tahunan KAFA yang akan menjadi penanda aras untuk penambahbaikan pelaksanaan program KAFA di masa akan datang.

Bengkel Laporan Tahunan KAFA 2022 1

Bengkel Laporan Tahunan KAFA 2022 2\

Bengkel Laporan Tahunan KAFA 2022 3

Bengkel Laporan Tahunan KAFA 2022 4

Bengkel Laporan Tahunan KAFA 2022 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 49
  • Yesterday 26
  • This Week 49
  • This Month 349
  • This Year 387