Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Intensif Modul Kemahiran Psikospiritual Islam Pada 1-3 Oktober 2024/27-29 Rabiulawal 1446H Di The Pearl Hotel Kuala Lumpur

Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Intensif Modul Kemahiran Psikospiritual Islam bertempat di The Pearl Hotel Kuala Lumpur. Modul Kemahiran Psikospiritual Islam ini merupakan modul berbentuk kursus bagi membangunkan kompetensi dan kapasiti Ahli Terapi Psikospiritual Syarie (ATPS) daripada segi spiritual bersumberkan al-Quran, al sunah dan amalan ahli sunah waljamaah. Dalam masa yang sama, modul ini digubal dengan memberikan cadangan dan kaedah yang terbaik untuk menangani permasalahan bio-psiko-sosial-spiritual yang dialami oleh mana-mana individu berdasarkan kaedah yang digariskan dalam Islam. Bengkel ini telah diketuai oleh Profesor Dr. Che Zarrina binti Sa’ari bersama para fasilitator lain daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta para pegawai daripada Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM. Modul Kemahiran Psikospiritual Islam ini apabila disiapkan kelak akan diaplikasikan dengan betul dalam melaksanakan perkhidmatan pendekatan terapi psikospiritual Islam oleh para fasilitator Keluarga, Sosial Komuniti CareCentre (KSKCC), pegawai hal ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta guru-guru takmir yang berkaitan.    


Bengkel Intensif Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 01

Bengkel Intensif Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 02

Bengkel Intensif Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 03

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356