Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

32 Pelajar Ijazah Dq Jayakan Kembara Dakwah Al-Abrar Di Kandek

22 Jun 2024 – Seramai 32 pelajar semester dua Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM telah berjaya melaksanakan Program Kembara Dakwah Al-Abrar di Kandek, Kelantan. Program ini adalah sebahagian daripada keperluan proforma subjek Dirasat Islamiyah yang melibatkan pelajar semester dua selain turut ditaja oleh Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Taqwa MAIWP.

Program tiga hari dua malam yang berlangsung dari 20 hingga 22 Jun 2024 ini merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti Program Motivasi bersama pelajar-pelajar SMU(A) Nurul Ihsan, forum perdana bersama masyarakat di Masjid Mukim Kandek sukan dan jamuan rakyat. Selain itu penyampaian sumbangan kepada sekolah, madrasah, masjid serta keluarga asnaf. Program Kembara Dakwah Al-Abrar di Kampung Kandek berakhir hari ini dengan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh Ustaz Ilham bin Che Daud@Zakaria, Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Pengajian Ijazah, Darul Quran.

Diharapkan program ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus menyemai dakwah di kalangan masyarakat serta memberi manfaat buat seluruh komuniti di Kandek.

PELAJAR IJAZAH DQ JAYAKAN KEMBARA DAKWAH AL ABRAR DI KANDEK 01

PELAJAR IJAZAH DQ JAYAKAN KEMBARA DAKWAH AL ABRAR DI KANDEK 02

PELAJAR IJAZAH DQ JAYAKAN KEMBARA DAKWAH AL ABRAR DI KANDEK 03

PELAJAR IJAZAH DQ JAYAKAN KEMBARA DAKWAH AL ABRAR DI KANDEK 04

PELAJAR IJAZAH DQ JAYAKAN KEMBARA DAKWAH AL ABRAR DI KANDEK 05

PELAJAR IJAZAH DQ JAYAKAN KEMBARA DAKWAH AL ABRAR DI KANDEK 06

PELAJAR IJAZAH DQ JAYAKAN KEMBARA DAKWAH AL ABRAR DI KANDEK 07

PELAJAR IJAZAH DQ JAYAKAN KEMBARA DAKWAH AL ABRAR DI KANDEK 08
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358