Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗮𝘇𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 (𝗦𝗣𝗛𝗕) 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗛𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝟮𝟰𝗞 𝗛𝘂𝗳𝗳𝗮𝘇 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, telah melancarkan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 (STM) dan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) sempena Majlis Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia. Pelancaran tersebut telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 14 September 2024, semalam.

Pelancaran STM 2.0 dan SPHB ini bertujuan memperkukuh pengiktirafan terhadap institusi tahfiz di negara ini serta memberi peluang kepada para penghafaz al-Quran di pelbagai peringkat untuk mendapat pengiktirafan rasmi, di samping menggalakkan masyarakat umum menghafaz al-Quran.

Majlis ini turut disaksikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan YBrs Ustaz Mohd Zahid bin Mahmood al-Hafiz, Pengerusi Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA). Kehadiran mereka mencerminkan sokongan penuh kerajaan terhadap usaha memperkasa para huffaz di Malaysia.

Terdahulu sebelum majlis perasmian, beberapa taklimat telah diadakan antaranya berkenaan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Darul Quran, YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim. Manakala taklimat berkenaan SPHB disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohamad Rahim bin Mohammed Abdul Rahman, Ketua Seksyen Standard, DQ.

Dalam majlis yang sama, Darul Quran JAKIM turut membuka reruai sempena Program Eksplorasi TVET Tahfiz anjuran Majlis TVET Negara bagi mempromosikan pelbagai program pengajian tahfiz serta memperkenalkan kolaborasi yang dijalankan dengan Lokasi Tambahan Darul Quran dan beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Maklumat lanjut STM 2.0 dan SPHB boleh dicapai melalui laman berikut:

Sijil Tahfiz Malaysia
https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=1065

Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB)
https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=1066


????? ???????? ??????? ???????? ???? 01

????? ???????? ??????? ???????? ???? 02

????? ???????? ??????? ???????? ???? 09

????? ???????? ??????? ???????? ???? 04

????? ???????? ??????? ???????? ???? 03

????? ???????? ??????? ???????? ???? 05

????? ???????? ??????? ???????? ???? 06

????? ???????? ??????? ???????? ???? 08

????? ???????? ??????? ???????? ???? 07

































Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358