Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

110 Orang Sertai Diskusi Undang-Undang

BANGI, 7 Mac 2019 – Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia kelihatan semakin berkembang. Implementasinya mengikut kesesuaian dengan realiti semasa dapat melonjakkan undang-undang jenayah syariah supaua terus dihormati dan diyakini oleh masyarakat. Penguatkuasaan hukuman mengikut standard, etika dan prosedur yang tepat secara tidak langsung dapat memacu matlamat kerajaan bagi mencapai negara Rahmatan Lil ‘Alamin.

Institut Latihan Islam Malaysia melalui Kluster Turath dan Tamadun Islam telah mengadakan Diskusi Undang-Undang bagi siri pertama tahun ini bertemakan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Malaysia pada hari ini di Dewan Datuk Mohd Shahir, Kampus Utama Bangi.

Diskusi ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelaksanaan dan kefahaman tentang isu-isu undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Selain itu, diskusi ini membuka mata dan minda peserta agar cakna terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut di negara ini.

Forum bertajuk Kesalahan Jenayah Syariah : Satu Perbandingan antara Peruntukan Undang-Undang Syariah di Malaysia dan Perbahasan Kitab Fiqh Jinayat telah dibahaskan oleh 2 orang panel jemputan iaitu Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab Aziz dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Abdul Hadi bin Abdul Razak, dari Kampus Utama.

Manakala pada sesi pagi, peserta telah dibentangkan dengan Perkembangan Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia oleh Prof. Madya Dr. Zaini Nasohah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program setengah hari ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Profesionalisme, Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan.

Bagi pembaca yang tidak mahu ketinggalan mengikuti program tersebut, bolehlah menyaksikan rakaman program di page rasmi Institut Latihan Islam Malaysia di facebook @ilim.jakim.

Diskusi Undang Undang1

Diskusi Undang Undang2

 

Diskusi Undang Undang3

Diskusi Undang Undang4

Diskusi Undang Undang5

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356