Kenyataan Media
Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Mengenai Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2023

KENYATAAN MEDIA
-
Sukacita dimaklumkan, susulan keputusan pihak kerajaan membatalkan acara sambutan ambang tahun baharu 2023 berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir, JAKIM mengambil langkah alternatif menganjurkan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023. Program ini akan berlangsung pada 31 Disember 2022 (Sabtu), bertempat di Masjid Putra, Putrajaya, bermula jam 6.30 petang.
-
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri serta jemaah menteri yang beragama Islam dijadual akan hadir bersama-sama rakyat jelata bagi menjayakan program tersebut. YAB Perdana Menteri juga akan menyampaikan amanat khas sempena tahun baharu 2023 semasa majlis tersebut yang akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.
-
JAKIM turut menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bermunajat dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara serta seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa dirahmati Allah SWT.
Sekian.
DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD. YUSOFF
Ketua Pengarah
30 Disember 2022
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357