Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Berkaitan Pelaksanaan Solat Hajat Bagi Mendoakan Kesejahteraan Dan Keselamatan Mangsa Tragedi Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza, Lubnan, Syria Dan Yaman

jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKAITAN

PELAKSANAAN SOLAT HAJAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN MANGSA TRAGEDI SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS GAZA, LUBNAN, SYRIA DAN YAMAN

 

Bil. 37/2024


1. Sesungguhnya JAKIM amat berdukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya trajedi serangan rejim Israel ke atas Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.
 
2. Justeru, JAKIM menyambut baik saranan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) agar masjid-masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya untuk melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat semua mangsa tragedi tersebut.
 
3. Pelaksanaan solat hajat dan doa selamat ini adalah sebagai satu tanda simpati dan prihatin rakyat Malaysia terhadap rakyat Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman. Semoga Allah SWT melimpahkan pertolongan kepada hambaNya yang telah dizalimi oleh rejim Israel.
 
4. Solat hajat dan doa selamat tersebut akan diadakan pada selepas solat Maghrib malam esok (Khamis 3 Oktober 2024) dan juga selepas solat Jumaat 4 Oktober 2024 serentak di 3 buah masjid ini. JAKIM turut berbesar hati dan mengajak seluruh masjid-masjid, surau-surau dapat mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah atas ujian yang menimpa ini.
 
Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah JAKIM
2 Oktober 2024
























Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370