Kenyataan Media
Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Penangguhan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1441H/2020M

1. JAKIM ingin memaklumkan bahawa Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa Tahun 1441H/2020M yang dijadualkan pada 6 hingga 11 April 2020M bersamaan 12 hingga 17 Syaaban 1441H bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tindakan ini susulan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk acara yang melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan berikutan situasi semasa wabak Covid-19.
2. Sebagai makluman, MTHQA yang diurusetiakan oleh JAKIM merupakan acara tahunan Negara sejak 61 tahun yang lalu. Acara ini disertai oleh lebih 60 buah negara dari seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim.
Sekian.
DATO’ PAIMUZI BIN YAHYA
14 Mac 2020M / 19 Rejab 1441H
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370