Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Majlis Liqa’ Mahabbah Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM Bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat-Syarikat Korporat Malaysia Dan Wakil Tetap SDK JAKIM Tahun 2025

jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

MAJLIS LIQA’ MAHABBAH SEKRETARIAT DAKWAH KORPORAT JAKIM BERSAMA KETUA-KETUA PEGAWAI
EKSEKUTIF SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT MALAYSIA DAN WAKIL TETAP SDK JAKIM TAHUN 2025


Bil. 22/2025

bismillah 2

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada hari ini menganjurkan Majlis Liqa’ Mahabbah Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif SyarikatSyarikat Korporat Malaysia dan Wakil Tetap SDK JAKIM Tahun 2025 yang berlangsung pada 18 April 2025 (Jumaat), jam 9.00 pagi bertempat di Hotel Bangi Resort, Bangi, Selangor.

2. Majlis yang berkonsepkan “Santai Silaturrahim Aidilfitri” menghimpunkan Jawatankuasa Tertinggi SDK JAKIM, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat-syarikat korporat, serta ahli-ahli tetap Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM. YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut hadir bagi menyempurnakan majlis.

3. Penganjuran majlis ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Madani dalam memperkasakan gerakan dakwah negara dengan melibatkan sektor korporat dalam usaha menyemarakkan budaya keilmuan dan membantu golongan yang memerlukan, sama ada dari segi fizikal mahupun sokongan spiritual.

4. Majlis ini turut mencerminkan komitmen dan kesepakatan syarikatsyarikat korporat dalam mendokong agenda pemerkasaan institusi masyarakat Madani melalui pembinaan semula kerohanian dan pengukuhan kekuatan dalaman ummah secara bersepadu.

Sekian, terima kasih.


DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
18 April 2025 / 19 Syawal 1446H
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370