Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Isu Video Sedutan Drama 'Perempuan Itu'

LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

ISU VIDEO SEDUTAN DRAMA 'PEREMPUAN ITU'

Bil. 4/2022

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian serius isu video sedutan drama 'Perempuan Itu' yang tular di media sosial.

Berdasarkan penelitian, Jabatan ini menentang keras penyiaran program seumpama ini yang jelas mempamerkan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral yang melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat dan hukum syarak. Drama seumpama ini tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa apatah lagi di bulan Ramadhan. JAKIM telah menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu ini kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

JAKIM menggesa semua pihak samada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip dan para pelakon agar lebih cakna dan mengelakkan isu-isu seumpama ini kerana ia akan menyerap masuk ke dalam jiwa masyarakat khususnya golongan remaja dengan budaya dan norma yang bersalahan dengan ajaran Islam dan amalan murni masyarakat Malaysia. JAKIM tidak akan berkompromi dengan isu-isu seumpama ini dan akan sentiasa bersama dengan semua pihak berkuasa berkenaan bagi memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar ianya tidak berulang.

Sekian terima kasih.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
21 Mac 2022
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370