Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Berkaitan Penghayatan Rukun Negara Demi Perpaduan Rakyat Dan Keharmonian Negara

jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

MENJUNJUNG TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR BERKAITAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA DEMI PERPADUAN RAKYAT DAN KEHARMONIAN NEGARA


Bil. 07/2026

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan penuh takzim menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertarikh 19 Mei 2026 yang menzahirkan keprihatinan Baginda terhadap penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai teras penting memperkukuh perpaduan rakyat serta memelihara keharmonian negara.

2. JAKIM juga menyokong penuh kenyataan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang memberi penegasan keperluan semua pihak untuk menghormati dan menghayati prinsip Rukun Negara.

3. Sesungguhnya, semangat yang terkandung dalam Rukun Negara amat bertepatan dengan tuntutan Islam yang menitikberatkan perpaduan dan saling hormat menghormati demi memastikan kestabilan dan keamanan negara.

4. Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara serta Kesopanan dan Kesusilaan perlu terus disemai dan diperkukuh dalam kehidupan bermasyarakat, khususnya dalam kalangan generasi muda.

5. Dalam sebuah negara yang dibina atas semangat keharmonian antara kaum serta agama, seluruh rakyat hendaklah sentiasa memelihara nilai kesatuan, mengutamakan adab dalam setiap tindakan dan pertuturan serta mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keresahan awam.

6. JAKIM menyeru semua pihak agar bersama-sama menghayati semangat Rukun Negara dan menjadikan ia panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan saling menghormati demi kesejahteraan negara yang berterusan.

7. Semoga Malaysia terus dipelihara dalam suasana aman, harmoni dan dirahmati Allah SWT di bawah naungan Institusi Raja Berperlembagaan berteraskan Islam sebagai agama Persekutuan.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
23 MEI 2026 / 6 ZULHIJAH 1447
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370