Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026
Kenyataan Media
Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Program Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PROGRAM FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN
Bil.7/2021
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Vaksin : Cegah Sebelum Kalah yang akan disiarkan secara langsung menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 pada 25 Februari 2021 (Khamis), jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Forum yang menampilkan 9 orang ahli panel dan dua orang moderator ini merupakan julung-julung kali diadakan dengan menampilkan barisan panelis teramai. Ia diadakan sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada semalam.
Barisan panel yang akan mengupas topik ini ialah :
YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YBhg Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
YBhg Datuk Wan Zahidi Wan Teh
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI)
Sohibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah
Mufti Wilayah Persekutuan
Sohibus Samahah Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis
Sohibus Samahah Dato’ Dr Anhar Opir
Timbalan Mufti Negeri Selangor
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Saudara Firdaus Wong
Pendakwah
Manakala moderator forum ini ialah Ustaz Mohd. Hariri bin Mohamad Daud, Pegawai JAKIM dan Ustaz Rizal Ramli, Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor.
Diharapkan penganjuran forum ini akan dapat memberi kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai salah satu usaha dan ikhtiar pihak kerajaan selaras dengan Maqasid Syariah demi menjaga nyawa ummat.
JAKIM berbesar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia merentasi agama, bangsa dan peringkat umur untuk sama-sama menonton program yang bermanfaat ini.
Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan amanah,
(DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH) Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 24 Februari 2021
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.