Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Penutupan Dewan Solat Utama dan Dewan Solat Wanita Masjid Putra, Putrajaya

LOGO JAKIM small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PENUTUPAN DEWAN SOLAT UTAMA DAN
DEWAN SOLAT WANITA MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

Bil.17/2021
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan mengenai penutupan Dewan Solat Utama dan Dewan Solat Wanita Masjid Putra, Putrajaya bermula 30 Mei 2021 hingga 16 April 2022 bagi kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf kubah utama yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).
 
Aktiviti solat fardhu berjemaah / solat Jumaat masih diteruskan di Sahn Kanan Dewan Solat Utama dan kapasiti bilangan jemaah adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
Pihak JAKIM memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak dalam hal ini. Maklumat lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi pihak pentadbiran Masjid Putra di talian 03-8888 5678.
 
Sekian, terima kasih.
 
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
 
Saya yang menjalankan amanah,
  
HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN
Ketua Unit Komunikasi Korporat
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
18 Mei 2021
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370