Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Pelaksanaan Solat Hajat Dan Bacaan Qunut Nazilah Di Masjid-Masjid Utama JAKIM

jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PELAKSANAAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN QUNUT NAZILAH DI
MASJID-MASJID UTAMA JAKIM
 

Bil. 04/2026


1. Susulan seruan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) agar umat Islam seluruh negara membaca Qunut Nazilah dan menunaikan Solat Hajat demi keamanan Gaza dan Asia Barat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan pelaksanaan ibadah tersebut di Masjid-Masjid Utama seliaan Jabatan ini.

2. Sehubungan dengan itu, Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah akan diadakan pada malam ini, 1 Mac 2026 selepas solat Maghrib di Masjid Negara, Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai tanda solidariti dan kebersamaan ummah terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza dan beberapa wilayah di Asia Barat.

3. Inisiatif ini bukan sekadar suatu pengisian ibadah, bahkan manifestasi keprihatinan dan kemanusiaan terhadap penderitaan yang dialami saudarasaudara kita yang terkesan akibat konflik berpanjangan. Dalam suasana Ramadan yang penuh rahmah, doa menjadi kekuatan rohani yang menyatukan hati-hati orang beriman.

4. Semoga usaha ini menjadi asbab turunnya rahmat dan pertolongan Allah SWT, dikurniakan ketabahan buat mereka yang diuji, serta dianugerahkan keamanan, keadilan dan kesejahteraan kepada seluruh dunia.

Sekian, terima kasih.


DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
1 MAC 2026 / 11 RAMADAN 1447H
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370