Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Kontroversi Buku Agama Tulisan Pempengaruh

 
jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

KONTROVERSI BUKU AGAMA TULISAN PEMPENGARUH


Bil. 09/2026
 
 
1. Susulan kontroversi kesilapan buku agama ditulis seorang pempengaruh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong penuh kenyataan tegas YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) agar pihak Penerbit buku memelihara kesucian Islam selain buku-buku agama wajib disemak pihak berautoriti untuk dipastikan kesahihan kandungan buku tersebut.
 
2. Setiap penulis buku perlu bertanggungjawab penuh kepada buku yang ditulis. Selain itu, semua Penerbit yang menerbitkan buku kandungan agama, secara dalaman perlu bertanggungjawab melantik pasukan pakar dan kakitangan berkelulusan pengajian Islam untuk membuat semakan kepada semua kandungan agama sebelum diterbitkan.
 
3. JAKIM ingin mengesyorkan kepada pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia agar sentiasa memberikan peringatan kepada semua Penerbit agar lebih cermat serta berhati-hati apabila menerbitkan kandungan buku melibatkan teks Al-Quran dan hadis.
 
4. JAKIM bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri bersedia untuk memberikan panduan dan bimbingan kepada semua Penerbit buku kandungan agama. Sekian, terima kasih
 
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEEDATO’
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
28 JUN 2026 / 12 MUHARAM 1448
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370