Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Program Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 Tahun 2022

LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN

PROGRAM IHTIFAL KAFA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-7 TAHUN 2022

Bil. 13/2022

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengadakan Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan kali ke-7 bagi tahun 2022 pada 22-24 Julai 2022 di Hotel H Elite, Kota Bharu Kelantan.

  2. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan (IKK) Kali Ke-7 Tahun 2022 ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 24 Julai (Ahad).

  3. Ihtifal KAFA Kebangsaan merupakan aktiviti tahunan yang melibatkan pelajar-pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Sekolah-Sekolah Agama (SMA) di bawah penyelarasan Lembaga Penasihat Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) seluruh negara.

  4. Rasional pelaksanaan program ini adalah sebagai kesinambungan kepada program yang diadakan pada setiap tahun demi memastikan kesan yang positif kepada perkembangan, perkongsian dan percambahan ilmu pelajar-pelajar KAFA seluruh Malaysia.

  5. Objektif pelaksanaan Ihtifal KAFA peringkat Kebangsaan kali ke-7 ini adalah untuk membina keyakinan pelajar KAFA seawal peringkat kanak-kanak ke arah pembentukan kemenjadian murid yang seimbang dalam bidang akademik dan keperibadian diri serta memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar KAFA untuk menyerlahkan bakat dan kemampuan mereka.

  6. Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan kali ke-7 telah melibatkan penyertaan seramai 297 orang peserta yang terdiri daripada para kontingen peserta ihtifal, hakim, tetamu kehormat dan urusetia.

  7. Acara-acara yang telah dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Bercerita Kisah al-Quran dan Khat. Hadiah-hadiah yang disediakan bagi setiap pertandingan ialah berupa wang tunai RM500 untuk johan, RM400 untuk naib johan dan RM300 untuk tempat ketiga.

  8. Sehubungan itu, mohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.


Sekian

HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
24 Julai 2022
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356