Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Pembayaran Kenaikan Elaun Guru Kafa Dan Bantuan One-Off Kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Kafa Dan Takmir 2023

 
jata negara small
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

PEMBAYARAN KENAIKAN ELAUN GURU KAFA DAN BANTUAN ONE-OFF KEPADA IMAM, BILAL, SIAK, GURU KAFA DAN TAKMIR 2023

Bil. 8 /2023

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat memahami akan kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA dan bantuan secara one-off kepada imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

  2. JAKIM akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui Kerajaan Negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima.

  3. Pembayaran kenaikan elaun Guru KAFA akan dibayar secara tunggakan bermula Januari 2023 kepada semua Guru KAFA di seluruh negara.

  4. Dengan kenyataan ini, JAKIM menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan.

 
Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD. YUSOFF
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
13 April 2023
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370