Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Dan Pelaksanaan Solat Sunat Gerhana Bulan Di Tiga Buah Masjid Utama JAKIM

jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH DAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN DI TIGA BUAH MASJID UTAMA JAKIM
 

Bil. 05/2026


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan bahawa fenomena Gerhana Bulan Penuh dijangka dapat dilihat di Malaysia pada hari ini, 3 Mac 2026 bersamaan 13 Ramadan 1447H.

2. Fenomena gerhana penuh dijangka boleh dilihat bermula pada jam 7.23 malam (bulan terbit), mencapai kemuncak pada jam 7.33 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 10.23 malam (gerhana penumbra tamat). Ketika kemuncak gerhana, bulan dijangka kelihatan berwarna kemerahan akibat pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi. Sehubungan itu, umat Islam disunatkan untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan (Solat Khusuf) bermula daripada waktu maghrib sehingga jam 9.17 (fasa gerhana separa berakhir), sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam.

3. Bagi menyemarakkan syiar Islam serta memberi peluang kepada masyarakat untuk menghayati fenomena kebesaran Allah SWT ini, JAKIM akan menganjurkan Solat Sunat Gerhana Bulan di tiga masjid utama JAKIM; Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pelaksanaan solat akan bermula selepas masuk waktu gerhana dan akan diikuti dengan khutbah ringkas berkaitan hikmah dan pengajaran daripada fenomena gerhana.

4. JAKIM juga menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk hadir memakmurkan masjid serta memperbanyakkan doa, istighfar dan munajat kepada Allah SWT sepanjang tempoh berlakunya gerhana. Semoga fenomena ini menjadi peringatan kepada kita semua tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Sekian, terima kasih.


DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
3 MAC 2026M / 13 RAMADAN 1447H
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370