Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Anugerah Masjid Malaysia (AMM) Tahun 2020
KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
ANUGERAH MASJID MALAYSIA (AMM) TAHUN 2020
Bil.8/2021
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Anugerah Masjid Malaysia (AMM) Tahun 2020 yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Jumaat 12 Mac 2021 jam 8 pagi secara siaran langsung di TV AlHijrah.
Sebanyak 28 buah masjid telah menerima anugerah dalam majlis tersebut, yang melibatkan 2 masjid daripada setiap negeri seluruh Malaysia. Hadiah yang diberikan dalam bentuk wang tunai, plak dan sijil.
Penilaian Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) Peringkat Kebangsaan ini telah dilaksanakan pada 17 November hingga 8 Disember 2020 oleh 16 orang panel penilai yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Aderi Che Noh dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan mereka yang dilantik dari beberapa agensi kerajaan dan swasta iaitu JAKIM sendiri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Atsa Architects Sdn Bhd.
Penilaian ini mengukur empat komponen yang digariskan dalam Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) iaitu pengurusan (35%), pengimarahan (35%), kemudahan prasarana (20%) dan persekitaran (10%).
Keputusan penuh Anugerah Masjid Malaysia (AMM) adalah mengikut kategori seperti berikut :
ANUGERAH PERDANA STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA (SPMM) TAHUN 2020
Hadiah: • Wang tunai RM50,000 • Plak dan sijil.
Masjid Sharifah Fatimah, Kedah
ANUGERAH TERBAIK STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA (SPMM) TAHUN 2020 (Mengikut kategori)
Hadiah: • Wang tunai RM20,000 • Plak dan sijil
Kategori Pengurusan Dinamik: Masjid Saidina Abu Bakar, Wilayah Persekutuan
Kategori Masjid Berkebajikan: Masjid Kota Damansara, Selangor
Kategori Landskap Komersial: Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak
Kategori Mesra Komuniti: Masjid As-Sobirin, Perlis
Kategori Pengurusan Bestari: Masjid Sharifah Fatimah, Kedah
Kategori Pengimarahan Inovatif: Masjid Abdullah Fahim, Pulau Pinang
Kategori Pengimarahan Kreatif: Masjid Dato’ Kelana Petra, Negeri Sembilan
Kategori Kelestarian Komuniti: Masjid Ar-Rahmah, Melaka
Kategori Pengimarahan Berimpak: Masjid Al-Jawahir, Johor
Kategori Pengimarahan Solat: Masjid Taman Temerloh Jaya, Pahang
Kategori Khidmat Komuniti: Masjid Nur Bakti, Terengganu
Kategori Komuniti Prihatin: Masjid Ismail Petra, Kelantan
Kategori Pengimarahan Etnik: Masjid An-Nur, Sarawak
Kategori Pengimarahan Strategik: Masjid Imam Haji Awang Hashim, Sabah
c. ANUGERAH STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA (SPMM) TAHUN 2020
Hadiah: • Wang tunai RM10,000 • Plak dan sijil
Masjid Al-Barakah, Perlis Masjid Tuanku Mukhriz, Negeri Sembilan Masjid Al-Idrisiah, Bukit Bertam, Perak Masjid Al-Ehsan, Langkawi, Kedah Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin, Pahang Masjid Jamiul Badawi, Pulau Pinang Masjid Bandar Seri Putra, Selangor Masjid Puncak Taqwa, Sabah Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Wilayah Persekutuan Masjid Sri Aman, Kelantan Masjid al-Ghaffar, Melaka Masjid Bandar Kota Tinggi, Johor Masjid al-Islah, Terengganu Masjid Darul Istiqamah, Sarawak
Matlamat AMM ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada masjid-masjid yang telah komited memberikan sumbangan masa, tenaga dan idea dalam mengimarahkan rumah Allah, dalam usaha membudayakan masyarakat yang mencintai masjid.
Masyarakat juga dijemput untuk menonton siaran ulangan Majlis Penyampaian AMM pada Ahad 14 Mac 2021 jam 9.00 malam di TV AlHijrah.
Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan amanah,
(DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH) Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 12 Mac 2021
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.