Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Berkenaan Saranan Mengadakan Bacaan Doa Qunut Nazilah Semasa Solat Sunat Witir Khusus Untuk Palestin

LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN

SARANAN MENGADAKAN BACAAN DOA QUNUT NAZILAH SEMASA SOLAT SUNAT WITIR KHUSUS UNTUK PALESTIN

Bil.7/2022
  1. Umum mengetahui bahawa konflik di Palestin telah berlangsung sejak sekian lama. Terkini, Masjidil Aqsa diceroboh dalam keadaan umat Islam sedang memberi tumpuan beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini.

  2. Justeru, JAKIM mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan bacaan Doa Qunut Nazilah semasa solat sunat witir setiap malam bermula malam ini khusus untuk keselamatan dan keamanan di bumi Palestin.

  3. JAKIM juga memohon kerjasama dan jasa baik Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan bacaan Doa Qunut Nazilah di semua masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing.

  4. JAKIM juga menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama terus berdoa agar negara Malaysia sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera.

 
Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 April 2022
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370