Garis Panduan
Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
a) Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.
b) Jenis-jenis maksiat :
i. Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.
ii. Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.
c) Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat.
Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bersetuju
mengambil keputusan seperti berikut :
a) Bersetuju menerima kertas Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam untuk dijadikan panduan kepada orang ramai di negara ini.
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356