Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA: 20 Oktober 2021M / 13 Rabi’ulawal 1443H:- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah mengadakan Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien AADK Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Penganjuran webinar ini bertepatan dengan Inisiatif Mantap yang diperkenalkan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah PIAGAM C-19 melalui Inisiatif Ketiga (3) iaitu Pemantapan Institusi Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Islam. Ia juga selaras dengan prinsip Maqasid Syariah yang bertujuan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Webinar yang bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa “program sebegini adalah amat penting dalam membantu setiap klien untuk pulih sepenuhnya dan bangkit semula menjadi individu yang boleh menyumbang ke arah pembentukan sebuah Keluarga Malaysia yang sihat dan sejahtera”.

Majlis perasmian webinar ini turut dihadiri YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Mohd Norizan Abd Ghani Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Tuan Nazir Mohamad Pengarah AADK Negeri Selangor dan Tuan Md Razif Wan Pengarah AADK Wilayah Persekutuan.

Sebanyak dua (2) sesi pembentangan telah berlangsung iaitu Slot 1 bertajuk ‘Membina Diri Melalui Kaunseling Syarie’ disampaikan oleh Dr. Mohd Noor Bin Saper, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Kaunselor dan Fasilitator KSKCC.

Manakala Slot 2 bertajuk ‘Rawatan Diri Melalui Ilaj Syarie’ telah disampaikan oleh Ustaz Halim Bin Zakaria, Pengamal Pengubatan Islam merangkap Fasilitator KSKCC. Seramai 200 orang peserta daripada klien Agensi Antidadah Kebangsaan daerah-daerah dalam Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menghadiri webinar ini.

Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien AADK 1

Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien AADK 2

Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien AADK 3

Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien AADK 4

Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien AADK 5

Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien AADK 6

Webinar Terapi Psikospiritual Islam Bersama Klien AADK 7
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358