News

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4

22 & 23 APRIL 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam Siri 4 kepada para sukarelawan untuk diaplikasikan secara tersusun ketika menyantuni komuniti sasaran di lapangan.

Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada para sukarelawan daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO), para pengamal dan penggiat sosial yang telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

Kursus dua hari ini dibahagikan kepada dua slot iaitu Teknik Kaunseling Syarie Dalam Menangani Masalah Klien oleh YBhg. Prof. Dr. Zainab binti Ismail, Kaunselor serta Konsep dan Aplikasi Rawatan Psikospiritual Islam oleh YBrs. Dr. Mohd Syukri bin Zainal Abidin, Pensyarah Universiti Malaya.

Semoga para sukarelawan yang dilatih ini sedia dibentuk untuk menjadi individu yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran di lapangan.

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 01

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 02

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 03

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 04

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 05

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 06
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Thursday, 26 November 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 93
  • Yesterday 127
  • This Week 595
  • This Month 1586
  • This Year 3884