News
News
Wakil JAKIM ke Etablissement El-Hadith El-Hassania Dan Markaz Al-Qattan, Morocco
Kajian Model Pembangunan Darul Hadith Di Etablissement El-Hadith El-Hassania Dan Markaz Al-Qattan, Morocco
Satu lawatan kajian model pembangunan Darul Hadith telah dilakukan di dua buah pusat penyelidikan hadith iaitu Etablissement El-Hadith El-Hassania Dan Markaz Al- Qattan,Morocco pada 30 November hingga 8 Disember 2016. Ahli yang terlibat adalah terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith Malaysia seramai 2 orang yang diketuai oleh Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith Malaysia dan Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman (Jakim)
Objektif kajian adalah untuk menjalankan kajian model pembangunan Darul Hadith luar negara dan melihat secara dekat mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh kedua buah pusat penyelidikan tersebut. Adalah diharapkan dengan lawatan kajian tersebut, Negara Malaysia dapat membina sebuah pusat kajian Darul Hadith dengan objektif yang telah ditetapkan antaranya bagi manfaat umat Islam menghayati hadith-hadith Nabi dalam kehidupan mereka di negara ini.
Lawatan kajian ke pusat penyelidikan hadith di Etablissement El-Hadith El-Hassania,Morocco:




Lawatan kajian ke pusat penyelidikan hadith di Markaz Al- Qattan,Morocco:




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 30
- Yesterday 26
- This Week 30
- This Month 330
- This Year 368