Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Wacana Eksekutif Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara

Bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Masjid Negara, Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Wacana Eksekutif dengan tajuk ‘The Beautiful Truth of Islam’. Wacana ini diadakan pada 15 Oktober 2015 di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara Kuala Lumpur. Seramai 450 orang peserta yang mewakili pelbagaiagensi seperti Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pejabat Mufti, pelajar IPTA, IPTS dan NGO telah menghadiri persidangan tersebut.
 
Wacana eksekutif ini menampilkan 2 tokoh ternama negara iaitu YBhg. Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Program ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Yusri bin Muhamad, Yang Di-pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selaku moderator.
 
Dalam pembentangannya YBhg. Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin menekankan betapa pentingnya orang Islam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam agar tidak ada pihak yang berani mempertikaikan Islam sebagai Agama Negara. Makanala YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin pula menegaskan Islam itu amat indah dan orang Islam bertanggungjawab menjaga keindahan Islam setiap masa melalui amalan dan perbuatan.
 
Wacana ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawaagama Islam mempunyai keindahan-keindahan yang kebanyakan daripada kita tidak menyedarinya. Keindahan-keindahan tersebut meliputi seluruh syariat Islam yang kini semakin terungkap dan mulai diketahui faedahnya. Begitu banyak keindahan-keindahan Islam yang sekiranya kita mahu memikirkannya, nescaya kita tidak akan mampu untuk mengupasnya dengan lebih mendalam.
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 1
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 2
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 3
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 4
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 5
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 6
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 7
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 8
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 9
 
Wacana Eksekutif Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara 10
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357