Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Wacana Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Sarawak 2019

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak telah mengadakan Wacana Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Sarawak pada 29 Ogos 2019 yang diadakan di Dewan Kompleks Islam Sarawak telah dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak dan YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di JPM menyampaikan ucaptama dalam program tersebut.

Program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah penjelasan dan penerangan Maqasid Syariah ke negeri-negeri untuk memberikan penjelasan mengenai Maqasid Syariah dan pelaksanaannya dalam tadbir urus negara. Seramai 1200 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Exco-exco Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri/Persekutuan, Pegawai- pegawai kerajaan, wakil-wakil GLC dan Swasta, Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Pensyarah-pensyarah, Guru-guru, Imam-imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid sekitar Negeri Sarawak.

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Agenda Maqasid Syariah dalam Tadbir Urus Negara“ oleh Puan Nor Safina bt Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM dan “Pembudayaan Maqasid Syariah“ oleh YBhg. S.S. Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak. Pada program ini turut diserahkan Profil Maqasid Syariah yang disampaikan oleh YB Menteri di JPM kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.

 

1 copy copy copy copy copy copy copy copy copy copy copy

 

2 copy copy copy copy copy copy copy copy copy

 

3 copy copy copy copy copy copy copy copy

 

4 copy copy copy copy

 

5 copy copy copy

 

6 copy copy

 

7 copy copy

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370