Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia

“Harapan saya agar guru-guru dapat membina falsafah besar Maqasid Syariah dalam pendidikan dan memahami ajaran Islam.”

Begitulah rumusan ucapan YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa program Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Program yang diadakan pada 3 Oktober 2019 ini merupakan program berkonsepkan komunikasi dua hala yang dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Kamel bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewakili Menteri Pendidikan Malaysia. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. TS Dr. Mohamad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Seramai lebih 500 orang peserta dalam kalangan warga KPM telah membanjiri Dewan Za’ba KPM yang terletak di Presint 5, Putrajaya. Para peserta terdiri daripada pembuat dan pelaksana dasar meliputi pengurusan tertinggi KPM, pengurusan tertinggi universiti awam, pegawai kanan KPM, Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Negeri, Politeknik dan Kolej Komuniti dan Badan-badan Berkanun serta para pengetua dan guru cemerlang. Dalam program yang sama, Bahagian Penyiaran JAKIM turut memberikan komitmen padu dengan mengadakan temu bual melalui telefon yang disiarkan secara langsung menerusi radio Salam.fm sebelum program bermula dan liputan live streaming sepanjang Town Hall menerusi Facebook dan YouTube JAKIM dan KPM.    

Town Hall ini merupakan program ketiga di peringkat kementerian dalam usaha menyebarluaskan pemahaman aplikasi konsep Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara menuju aspirasi membentuk masyarakat rahmah. Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan usaha kerajaan melaksanakan tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dalam merealisasikan Gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin.

 

KPM 01

 

KPM 02

 

KPM 03

 

KPM 04

 

KPM 05

 

KPM 06

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370